Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad

PENGURUS, JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT – KUALA LUMPUR

Kelayakan:

  • Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Komunikasi Korporat/ Pentadbiran Korporat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
  • Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Komunikasi/ Pengajian Media/ Sains Sosial atau dalam bidang berkaitan;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi dan perwatakan menarik;
  • Berkebolehan untuk merancang dan melaksanakan strategi komunikasi;
  • Mempunyai kefahaman yang baik berhubung komunikasi digital dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubung peranan media melalui saluran digital dan konvensional;
  • Mempunyai kemahiran dalam perancangan strategik;
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik; dan
  • Seorang yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik.

Tanggungjawab:

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej syarikat melalui pelan promosi/publisiti, memantau dan menangani berita/isu, dokumentasi bahan maklumat dan foto;
  • Bertanggungjawab dalam majlis-majlis syarikat dan penyediaan draf ucapan;
  • Menyelaras perhubungan media melalui pengurusan liputan media dan sidang media, menyediakan maklumat kepada media dalam bentuk siaran media dan melaksanakan aktiviti untuk menjalin hubungan baik dengan pihak media;
  • Mengurus perhubungan awam melalui perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program/aktiviti bagi menjalin hubungan baik serta lawatan rasmi dari dalam dan luar negara ke syarikat;
  • Menyelaras pengeluaran dan penghasilan bahan dokumentasi penerbitan iaitu laporan tahunan, buletin dan video serta gambar; 
  • Menyelaras pengemaskinian maklumat di laman web seperti berita dan peristiwa, aduan serta memantau pengendalian maklumat di media sosial rasmi;
  • Mengetuai & memimpin pasukan serta memberikan bimbingan & sokongan bagi memastikan prestasi jabatan mencapai tahap yang professional;
  • Merancang, membangun dan menyerahkan belanjawan tahunan Jabatan; dan
  • Tugasan lain yang di arahkan dari semasa ke semasa.

APPLY AT :- JOBSTREET – KOPERASI FELDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *