Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad

EKSEKUTIF KANAN PEMBIAYAAN, TUNTUTAN & KAWALAN KREDIT – KUALA LUMPUR

Job Highlights

  • Peluang terbuka luas bagi meningkatkan kerjaya anda.
  • Kemudahan yang pelbagai dan memuaskan mengikut kelayakan.
  • Suasana bekerja yang baik dan selesa.

Job Description

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia (calon-calon yang mempunyai pengetahuan luas dan pengalaman bekerja dalam bidang pembiayaan dan ar-rahnu mestilah tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan);

2) Mempunyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana/Sarjana Muda (Kepujian) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan/Perakaunan/ Kewangan/ Perbankan/ Muamalat/Matematik) atau lain-lain kelayakan yang relevan; dan

3) Memiliki kelulusan SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris/Matematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun serta lulus dalam tiga matapelajaran lain;

4) Mempunyai lima (5) tahun dan lebih pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di syarikat terkemuka (established) adalah satu kelebihan;

5) Mempunyai pengalaman dalam mengendali/menguruskan cawangan-cawangan ar-rahnu akan diberi keutamaan;

6) Mempunyai kemahiran komputer yang baik termasuk pakej perisian kewangan microsoft word dan excel adalah satu keutamaan;

7) Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja secara berdikari, boleh menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum dan mampu bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat;

8) Boleh berkomunikasi dengan baik di semua peringkat dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi serta berpengalaman mengurus kakitangan di bahagian pembiayaan, tuntutan dan ar-rahnu.

Skop Tugas dan Tanggungjawab

1. Menyelia kakitangan seliaan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kerja dan pejabat yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas harian agar urusan pentadbiran Bahagian Pembiayaan & Tuntutan berjalan lancar.

2. Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian mempastikan sistem-sistem pembiayaan, Ar-Rahnu, billing dan kutipan serta kawalan kredit berada dalam teratur dan mematuhi Aturan serta SOP sedia ada bagi mempastikan kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.

3. Menyediakan cadangan dan pandangan disamping membuat kajian terhadap produk-produk baru pembiayaan kredit sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KPDRM.

4. Menyediakan kajian perkembangan cawangan Ar-Rahnu menerusi cadangan produk-produk baru serta pembukaan lokasi cawangan yang baru sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KPDRM.

5. Menyediakan kajian kawalan kredit yang lebih kompeten dan terkini sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KPDRM.

6. Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian membuat kajian dan menyemak dari masa ke semasa sistem pembiayaan kredit, Ar-Rahnu dan kawalan kredit yang sedia ada dan menentukan bahawa kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.

7. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Anggota Lembaga atau lain-lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

8. Mengesahkan permohonan pembiayaan kredit oleh anggota setelah ianya didapati teratur dan disemak oleh Eksekutif Pembiayaan.

9. Membantu Ketua Bahagian dalam mempastikan pemeriksaan dalaman (audit dalaman) dibuat secara berkala dalam tempoh yang tertentu ke atas proses pembiayaan kredit, proses pembiayaan Ar-Rahnu berserta peralatannya dan proses kawalan kredit bagi menentukan ianya adalah sentiasa dikemaskini dan peralatan berada dalam keadaan terbaik.

10. Menyediakan permohonan modal tunai bagi kegunaan harian cawangan Ar-Rahnu sebelum ianya dihantar ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan. 

11. Bertindak mewakili dan mengganti Ketua Bahagian dalam mana-mana mesyuarat atau perbincangan atau taklimat yang perlu dihadirinya jika perlu;

12. Mempastikan setiap Ketua Cawangan dan kakitangan masing-masing adalah kompeten dan didedahkan dengan kursus-kursus serta bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing.

13. Membantu Ketua-ketua Cawangan mentadbir cawangan masing-masing dalam tugasan harian demi usaha memastikan kelancaran tugasan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama.

APPLY AT :- https://www.jobstreet.com.my/en/job/eksekutif-kanan-pembiayaan-tuntutan-kawalan-kredit-5560931?jobId=jobstreet-my-job-5560931&sectionRank=8&token=0~6dba46ae-5302-4fa4-ad9f-3afe5b617b10&searchPath=%2Fjobs&fr=SRP%20View%20In%20New%20Tab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *