National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) 

Penolong Eksekutif Pentadbiran

  • Serdang, Selangor
  • Administrative Assistants (Administration & Office Support)
  • Contract/Temp
  • RM 1,800 – RM 2,500 per month

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor.  NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Membantu proses pengurusan aset institut yang dilaksanakan oleh ketua unit aset institut;
  2. Membantu proses permohonan sewaan ruang pejabat, ruang makmal, kemudahan dan peralatan;
  3. Membantu proses pentadbiran pejabat insitut, mengemaskini data dan fail rekod;
  4. Membantu pengurusan stor dan alat tulis institut; dan
  5. Lain-lain arahan dari semasa ke semasa. 

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pentadbiran atau bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang pentadbiran terutamanya pengurusan pejabat, mengemaskini data dan rekod atau yang berkaitan; 
  4. Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
  5. Calon hendaklah mempunyai berkebolehan dalam menggunakan perisian komputer (MS Office), kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran dalam pengumpulan dan pengurusan data serta pengendalian masalah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://nibm.my/v6/?page_id=135

Tarikh Tutup Iklan : 15 Oktober 2024

APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – NATIONAL INSTITUTE OF BIOTECHNOLOGY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *