PENGURUS, JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT – KUALA LUMPUR
Kelayakan:
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Komunikasi Korporat/ Pentadbiran Korporat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Komunikasi/ Pengajian Media/ Sains Sosial atau dalam bidang berkaitan;
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi dan perwatakan menarik;
- Berkebolehan untuk merancang dan melaksanakan strategi komunikasi;
- Mempunyai kefahaman yang baik berhubung komunikasi digital dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubung peranan media melalui saluran digital dan konvensional;
- Mempunyai kemahiran dalam perancangan strategik;
- Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik; dan
- Seorang yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik.
Tanggungjawab:
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej syarikat melalui pelan promosi/publisiti, memantau dan menangani berita/isu, dokumentasi bahan maklumat dan foto;
- Bertanggungjawab dalam majlis-majlis syarikat dan penyediaan draf ucapan;
- Menyelaras perhubungan media melalui pengurusan liputan media dan sidang media, menyediakan maklumat kepada media dalam bentuk siaran media dan melaksanakan aktiviti untuk menjalin hubungan baik dengan pihak media;
- Mengurus perhubungan awam melalui perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program/aktiviti bagi menjalin hubungan baik serta lawatan rasmi dari dalam dan luar negara ke syarikat;
- Menyelaras pengeluaran dan penghasilan bahan dokumentasi penerbitan iaitu laporan tahunan, buletin dan video serta gambar;
- Menyelaras pengemaskinian maklumat di laman web seperti berita dan peristiwa, aduan serta memantau pengendalian maklumat di media sosial rasmi;
- Mengetuai & memimpin pasukan serta memberikan bimbingan & sokongan bagi memastikan prestasi jabatan mencapai tahap yang professional;
- Merancang, membangun dan menyerahkan belanjawan tahunan Jabatan; dan
- Tugasan lain yang di arahkan dari semasa ke semasa.
APPLY AT :- JOBSTREET – KOPERASI FELDA