National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Eksekutif Kewangan & Akaun – SERDANG, SELANGOR

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor.  NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Membantu dalam penyediaan bajet tahunan organisasi untuk kelulusan Kementerian Kewangan;
  2. Membantu dalam penyediaan bajet tahunan organisasi untuk kelulusan Lembaga Pemegang Amanah;
  3. Memastikan perbelanjaan yang dibuat adalah mengikut skop dan had bajet yang telah diluluskan (Borang Permohonan Perolehan) – Peruntukan Belanja Mengurus & Hasil;
  4. Membuat semakan terhadap kecukupan dokumen dan maklumat untuk urusan pembayaran (Payment Request Form) – OE & Hasil;
  5. Membantu untuk urusan rekod dan fail kewangan serta memastikan rekod dalam keadaan teratur;
  6. Membantu bagi urusan audit luar dan audit dalaman;
  7. Membantu menyediakan Laporan Kewangan yang berkaitan – Peruntukan Belanja Mengurus & Hasil;
  8. Tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

   Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan) atau bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang Kewangan dan Akaun terutama dalam urusan pengurusan bajet; 
  4. Mahir dalam penggunaan Perisian Microsoft Office – Excel, Word dan Power Point;
  5. Calon yang mempunyai Kemahiran dalam menggunakan Perisian Perakaunan dan mempunyai pengetahuan mengenai Piawaian/Akreditasi merupakan satu kelebihan; dan
  6. Boleh berdikari, komited dan boleh bekerja secara bersendirian atau dalam Kumpulan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://nibm.my/v6/?page_id=135

Tarikh Tutup Iklan : 4 April 2024

APPLY AT :- JOBSTREET NIBM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *