National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Pengurus (Jabatan Pengurusan Projek) – SERDANG, SELANGOR

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor.  NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Merancang dan mengurus permohonan projek baharu bagi pembiayaan dibawah dana penyelidikan;
  2. Mengurus dan menyelaras pemantauan dan penilaian projek-projek Penyelidikan R&D;
  3. Menguruskan permohonan penyaluran peruntukan, honorarium, perlanjutan tempoh, perakuan projek siap dan kolaborasi;
  4. Menyelaras tapisan kertas cadangan yang diterima daripada penyelidik luar untuk permohonan projek baharu;
  5. Memantau pelaksanaan projek & menyerahkan laporan berkala kepada pihak berkaitan; 
  6. Menjadi urusetia untuk Agensi Pelaksana dna Pemantau Program untuk Special Research Fund (SRF), Projek Pembangunan (DE) di bawah Rolling Plan, Rancangan Malaysia dan juga National Vaccine Research Fund (APP-DPVN) MOSTI;
  7. Menjadi urusetia bagi NIBM Seed Fund dan Special yang bertanggungjawab menguruskan proses permohonan baru, penilaian, dan pemantauan projek baru dan projek sedia ada;
  8. Membangunkan atau mengemaskini prosedur, proses dna garis panduan yang berkaitan dengan Jabatan Pengurusan Projek; dan 
  9. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

   Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Projek atau bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang pengurusan projek; 
  4. Berpengetahuan dalam Pengurusan Projek Penyelidikan;
  5. Keupayaan untuk berinteraksi di semua peringkat dan pelbagai pihak berkepentingan; dan 
  6. Berkemahiran dalam komunikasi (penulisan dan lisan), berunding dan menyediakan laporan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://nibm.my/v6/?page_id=135

Tarikh Tutup Iklan : 5 Mac 2024

APPLY AT :- JOBSTREET – NIBM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *