TIMBALAN PENGARAH, BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK & TRANSFORMASI
- Cyberjaya, Selangor
- Other (Government & Defence)
- Full time
RINGKASAN TUGAS
1. Mewujudkan proses perancangan strategik yang sistematik dan holistik.
2. Memastikan semua perancangan selari dengan dasar kementerian dan setara dengan amalan terbaik berkaitan industri
Skop Tugas:
1. Merangka Pelan Strategik: Membina pelan tindakan, objektif jangka panjang, dan indikator prestasi utama (KPI) berdasarkan visi dan misi organisasi serta selari dengan dasar kementerian.
2. Analisis & Penilaian Dasar: Meneliti keberkesanan dasar sedia ada serta mencadangkan penambahbaikan berasaskan data dan persekitaran semasa melalui tinjauan berterusan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan organisasi.
3. Penyelarasan Program: Menyelaras pelaksanaan inisiatif strategik antara bahagian dalaman organisasi melalui sesi libat urus dan perbincangan berterusan.
4. Pengurusan Risiko & Perubahan: Mengenal pasti cabaran masa depan dan merangka strategi transformasi atau pengurusan perubahan (change management) yang bersesuaian.
5. Pemantauan & Pelaporan: Memantau pencapaian program strategik dan menyediakan laporan berkala dan sistematik kepada pihak pengurusan atasan melalui pelaporan yang sesuai secara berkala dan tepat pada masanya.
6. Penglibatan holistik dan kesedaran: Memastikan rangkaian sesi komunikasi yang berterusan dengan pihak berkepentingan dalaman (Pengurusan dan kakitangan di semua peringkat) berkenaan dengan matlamat strategik organisasi, pelaksanaan dan pencapaian inisiatif yang telah dirancang.
7. Amalan terbaik industri: Menjalankan sesi penyelidikan dan penanda arasan melalui kajian ilmiah dan kerjasama serantau dengan badan kawal selia tempatan dan antarabangsa di dalam mengenalpasti dasar dan amalan terbaik yang berkaitan dengan industri perkhidmatan air dan pembetungan.
8. Membantu Pengarah Kanan mengenai perkara-perkara / tugas-tugas lain yang diberi dari masa ke semasa.
KELAYAKAN:
1. Diperlukan ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan, pengurusan, pentadbiran perniagaan atau kewangan.
2. Calon mempunyai kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
PENGALAMAN & KEMAHIRAN
Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam perancangan strategik, pengurusan atau kejuruteraan serta mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan industri perkhidmatan air.
Berkemahiran dan cekap dalam berkomunikasi, penyelidikan analitik, kepemimpinan, dan pemikiran strategik.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 OKTOBER 2026
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sila emelkan permohonan jawatan ke:
APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)