Junior / Senior Executive Creative Media Marketing (Design Support)
- Bandar Baru Bangi, Selangor
- Other (Advertising, Arts & Media)
- Full time
- RM 2,200 – RM 3,300 per month
Skop tugasan dan tanggungjawab:
- Penghasilan Kandungan Multimedia – Menghasilkan dan menyunting video, foto serta kandungan kreatif untuk tujuan promosi dan pemasaran.
- Pengurusan Kandungan Digital – Menyediakan bahan visual dan multimedia untuk platform media sosial, laman web serta saluran digital syarikat.
- Pengurusan Media Sosial – Berkemahiran mengurus dan menyelenggara platform media sosial syarikat seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, termasuk merancang, menyediakan serta menerbitkan kandungan kreatif yang bersesuaian bagi meningkatkan keterlihatan jenama, penglibatan audiens dan keberkesanan aktiviti pemasaran digital.
- Kemahiran Perisian Multimedia – Mahir menggunakan perisian penyuntingan video dan penghasilan kesan visual seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Premiere Pro, Adobe Lightroom, Da Vinci Resolve, Sony Vegas, dan Capcut.
- Reka Bentuk Grafik – Menghasilkan bahan pemasaran seperti poster, brosur, banner, infografik dan bahan promosi digital mengikut keperluan syarikat.
- Pelaporan dan Penambahbaikan – Menyediakan laporan berkaitan tugasan kreatif apabila diperlukan serta mencadangkan idea dan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan bahan pemasaran.
Terma dan Syarat Kelayakan
- Mempunyai pengalaman kerja selama 3 hingga 4 tahun dalam bidang pengurusan kreatif, media, penghasilan kandungan dan pemasaran.
- Mempunyai personaliti yang menarik, kreatif, berkeyakinan tinggi serta selesa dan berkebolehan tampil di hadapan kamera bagi tujuan penghasilan kandungan promosi.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dengan cemerlang, termasuk kebolehan berinteraksi secara profesional dengan pelanggan, rakan sekerja dan pihak berkepentingan.
APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD