National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) 

Pengurus Undang-undang

  • Serdang, Selangor
  • Corporate & Commercial Law (Legal)
  • Contract/Temp
  • RM 9,700 – RM 11,000 per month

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor.  NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Menjadi ketua Unit Undang-Undang;
  2. Bertanggungjawab menguruskan, menyedia, mengkaji dan menyemak dokumen perjanjian termasuk dokumen MOU/MOA, suratcara perundangan yang berkaitan dan apa-apa dokumen yang perjanjian dan perundangan lain yang mempunyai implikasi perundangan;
  3. Bertanggungjawab memberi nasihat dan memastikan semua isu-isu berkaitan dengan perundangan, kawal selia dan pematuhan perundangan dipatuhi;
  4. Memberi nasihat kepada NIBM mengenai segala aspek perundangan dan guaman, hak, liabiliti, tanggung rugi dan kes-kes NIBM di Mahkamah;
  5. Menjadi focal point di antara NIBM dan pihak luar termasuk peguam luar (External Legal Counsel) dalam semua hal perundangan;
  6. Bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan penasihatan guaman dan penggubalan, litigasi, governan, harta intelek dan segala perkara perundangan lain yang berkaitan bagi memastikan kepentingan NIBM terpelihara;
  7. Menyelaras, mengawal, memantau dan melaksanakan semua perkara perundangan dan governan NIBM;
  8. Menyempurnakan dan menandatangani apa-apa dokumen, termasuk afidavit dan writ yang melibatkan hal perundangan di Mahkamah;
  9. Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas-tugas yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan, Statut, Kaedah atau Peraturan;
  10. Cekap dalam memasti fan menyemak segala dokumen perjanjian dan dokumen yang mempunyai kesan disisi undang-undang untuk ditandatangani; dan 
  11. Melaksanakan lain-lain tugas sebagaimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun pengalaman bekerja dalam bidang Undang-Undang;
  4. Berpengalaman memegang jawatan penasihat/Pegawai Undang-Undang di mana-mana agensi Kerajaan atau swasta, Government Linked Company (GLC), Syarikat Multinasional atau Syarikat lain yang terkemuka; 
  5. Memiliki dan mempraktikan nilai dan etika yang tinggi dalam setiap tindakan;
  6. Membina dan menggalakkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta bekerjasama dengan baik bersama-sama pihak pengurusan dan kakitangan lain dalam satu pasukan; dan
  7. Calon hendaklah mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Untuk maklumat lanjut, mohon layari: https://nibm.my/v6/?page_id=135

Tarikh Tutup Permohonan: 29 NOVEMBER 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *