- Kuala Lumpur
- Management – Internal (Human Resources & Recruitment)
- Full time
- RM 6,000 – RM 7,000 per month
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
1. Calon-calon mestilah berumur tidak kurang 25 tahun pada tarikh tutup iklan (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun atau lebih dalam urusan berkaitan pengurusan/ pembangunan sumber manusia serta bersedia untuk tugasan luar apabila diperlukan adalah digalakkan memohon dan akan diberi keutamaan);
2. Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, Pembangunan Sumber Manusia dan lain-lain) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan;
3. Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta lulus dalam empat (4) mata pelajaran lain;
4. Berpengetahuan luas dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta Akta Kerja 1955 .
5. Berpengalaman bekerja di syarikat/organisasi besar yang mempunyai bilangan pekerja/kakitangan melebihi 100 orang untuk sesuatu tempoh adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;;
6. Mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta mampu bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum; dan
7. Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet.
MATLAMAT UTAMA KERJA
Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi dalam memastikan pengurusan dan perancangan pembangunan kakitangan serta organisasi yang mantap dengan penyediaan struktur organisasi selaras dengan visi serta misi KPDRM bagi mewujudkan hubungan yang harmoni di antara pihak Pengurusan dan kakitangan di samping memastikan pematuhan terhadap sistem peraturan KPDRM di semua peringkat.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Perlu berhubung rapat dengan kakitangan dalam menjalankan tugas harian dalam memastikan arahan serta petunjuk yang diberikan adalah tepat, terang dan padat kepada kakitangan-kakitangan yang berkenaan. Di samping itu, perlu bekerjasama dengan pegawai-pegawai seperingkat ke arah mewujudkan suasana organisasi yang bersatu untuk mencapai matlamat ;
2. Menyediakan, menyemak semula serta memberi pandangan terhadap Perjanjian-Perjanjian, Memorandum, Surat Akujanji lain-lain suratcara yang berkaitan sebelum ianya dimuktamadkan ;
3. Mewakili dan/atau membela KPDRM dalam setiap perbincangan/ rundingan perbicaraan kes KPDRM di pejabat (dalaman/luaran) atau di Mahkamah melalui peguam panel serta berhubung rapat dengan peguam-peguam panel KPDRM ;
4. Memastikan dasar serta aturan yang ditetapkan berhubung dengan fungsi Bahagian dilaksanakan ;
5. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia serta lain-lain mesyuarat yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi ;
6. Bertanggungjawab dalam penyediaan serta penyeliaan keseluruhan dasar perkhidmatan kakitangan serta program-program berkaitan dengan pembangunan sumber manusia ;
7. Bertanggungjawab dalam merancang, memimpin/menyelia serta menyelaras tugas dan aktiviti kakitangan KPDRM selaras dengan kehendak KPDRM melalui perbincangan berkala dengan ketua-ketua bahagian ;
8. Sentiasa mengkaji dan menyemak sistem perkhidmatan/pengurusan sumber manusia/keperluan tenaga kerja dari masa ke masa dan membuat cadangan/sokongan terhadap perubahan, jika perlu ;
9. Menyediakan serta memantau belanjawan tahunan meliputi perancangan tenaga kerja, program pembangunan, faedah serta lain-lain yang berkaitan ;
10. Bertindak sebagai penasihat/membantu Pengurusan atasan serta ketua-ketua bahagian dalam isu-isu berkaitan dengan kakitangan serta sebagai perunding dalam penyelesaian isu yang melibatkan KPDRM dan kesatuan sekerja ;
11. Menyediakan kertas-kertas kerja/cadangan yang berkaitan dengan perkhidmatan/pengurusan sumber manusia untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat ;
12. Memberikan khidmat nasihat/pandangan berhubung dengan undang-undang buruh dan polisi/dasar/peraturan berkaitan perkhidmatan/ pengurusan sumber manusia kepada ketua-ketua bahagian/cawangan/ unit serta kakitangan koperasi ;
13. Membantu dalam memberikan khidmat nasihat/pandangan berhubung dengan undang-undang buruh kepada anak-anak syarikat koperasi ;
14. Bertanggungjawab dalam proses menjalankan siasatan, penyediaan kertas siasatan dalaman/laporan serta menjalankan proses siasatan dalaman bagi kes-kes salahlaku tatatertib kakitangan ;
15. Menjalin perhubungan/kerjasama yang baik di antara KPDRM dengan Jabatan Kerajaan dan lain-lain pihak yang mendatangkan manfaat kepada KPDRM ;
16. Bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan berkaitan dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KESKOP), menyelia kes-kes berkaitan dengan tuntutan kakitangan dan pihak Keskop di Jabatan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Perhubungan Perusahaan/Mahkamah Tinggi atau lain-lain yang berkaitan ;
17. Bertanggungjawab dalam membantu pihak Pengurusan Tertinggi mengekalkan disiplin dan moral kakitangan di semua peringkat ;
18. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurusan dari masa ke masa.
APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – KOPERASI POLIS DI RAJA MALAYSIA