Ketua Pegawai Operasi (Grade MG44)
- Seremban 2, Negeri Sembilan
- Management – Vocational (Education & Training)
- Contract/Temp
- RM 4,000 – RM 4,500 per month
Kolej Antarabangsa Mighty Skills (KAMS) mempelawa individu yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi di KAMS.
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM
1. Memiliki sekurang-kurangnya Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran Awam atau kelayakan yang setaraf dengannya.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya pengalaman 7 tahun ke atas dalam Pengurusan Institusi
Pendidikan TVET / Akademik / atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya.
3. Berumur 35 tahun hingga 42 tahun.
RINGKASAN BIDANG TUGASAN
1. Pengurusan Strategik
– Membangunkan dan melaksanakan visi, misi dan matlamat Kolej selari dengan Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan.
– Mengenalpasti peluang untuk membangunkan kolej selari dengan perkembangan industri
Pendidikan.
– Bekerjasama dengan ahli Lembaga Pengarah bagi mencapai hala tuju strategik Kolej.
– Merangka dan melaksanakan pelan strategik yang membimbing arah organisasi.
2. Pengurusan Operasi
– Mengawasi operasi keseluruhan jabatan / bahagian / unit / kakitangan.
– Memastikan penggunaan sumber yang cekap, termasuk kewangan, manusia dan teknologi untuk mengoptimumkan prestasi dan mencapai kecemerlangan operasi.
– Mewujudkan dan memantau Key Performance Indicator (KPI) untuk menilai prestasi individu dan jabatan / bahagian secara keseluruhan.
3. Pengurusan Kewangan
– Membangun dan mengurus belanjawan jabatan / bahagian serta memastikan kemampanan
kewangan dan keuntungan.
– Memantau prestasi kewangan dan melaksanakan strategi untuk memaksimakan penjanaan hasil, kawalan kos dan kecekapan operasi.
– Bekerjasama dengan unit kewangan untuk memastikan pelaporan kewangan yang tepat dan
pematuhan kepada peraturan yang berkaitan.
– Meneroka peluang secara berterusan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi serta pertumbuhan dan pembangunan organisasi.
– Memastikan audit tahunan kewangan dengan semakan yang teliti oleh Lembaga Pengarah.
4. Pemegang Taruh
– Membina dan mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pemegang taruh termasuk Ahli Lembaga Pengarah, pengajar, pelatih, agensi kerajaan, rakan industri dan rakan strategik.
– Memupuk budaya organisasi yang positif dan menggalakkan komunikasi dan kerjasama yang
berkesan dalam kalangan warga kerja dan pemegang taruh.
5. Pematuhan Kawal Selia dan Pengurusan Risiko
– Mengikuti perkembangan dan mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan dengan segala akta dan peraturan berkaitan latihan kemahiran.
– Membangunkan dan melaksanakan strategi pengurusan risiko untuk mengurangkan risiko operasi, kewangan, undang-undang dan reputasi.
– Tangani sebarang isu pematuhan atau cabaran undang-undang dengan segera dan berkesan.
6. Penglibatan Industri dan Inovasi
– Mengambil maklum berkenaan isu semasa, kemajuan teknologi dan inovasi dalam industri TVET.
– Memupuk budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan.
– Bekerjasama dengan persatuan industri dan rakan strategik dalam mengembangkan sektor
Pendidikan kemahiran.
7. Pengurusan Perubahan dan Kebolehsuaian
– Kemahiran pengurusan perubahan (change management) yang kukuh untuk mengemudi dan
memimpin melalui peralihan organisasi dan perubahan industri.
– Fleksibiliti dan kebolehsuaian untuk bertindak balas dengan berkesan terhadap landskap sektor pendidikan.
8. Kebolehan Memimpin dan Mengurus
– Mempunyai “people skills” yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi selaras “core business” kolej serta mampu menggerakkan komuniti kampus kearah budaya kerja cemerlang.
9. Reputasi
– Menjadi “role mode” kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan “proven track record”.
10. Personaliti
– Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, “team player” serta mempunyai motivasi dalaman untuk mercu kecemerlangan kolej. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara berkaitan dengan TVET / Pendidikan.
11. Berpengalaman dalam pengurusan program pengajian
12. Kecemerlangan Pengurusan
i. Berorientasikan pencapaian – mempunyai komitmen yang tinggi ke arah peningkatan hasil kerja keseluruhan melalui kecekapan dalam mengurus dan mengelola sumber-sumber yang diperuntukkan dengan berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi.
ii. Pengurusan kakitangan – berkebolehan menambahbaik strategi sumber manusia untuk
membangunkan kapasiti tenaga kerja dalam memenuhi keperluan semasa dan akan datang dan menyediakan hala tuju yang jelas untuk mencapai jangkaan.
iii. Pengurusan perubahan & risiko – berusaha mengurus perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan berkeupayaan sedia ada. Berusaha mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko.
13. Pemikiran strategik
i. Berkebolehan mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan masalah yang berkaitan dengan perundangan serta boleh mengatur strategi penyelesaian yang berkesan.
ii. Berkebolehan melihat situasi dari pelbagai dimensi serta berkeupayaan mengambil tindakan dan membuat keputusan mengikut keutamaan, berpandangan jauh dan melihat isu dari persepektif yang luas dan meyeluruh.
iii. Berkemahiran dalam merancang dan membangunkan pelan strategik organisasi serta menjayakan pelaksanaannya.
14. Kepimpinan berteraskan nilai & etika
i. Memiliki dan mempraktikkan nilai dan etika yang tinggi dalam setiap tindakan serta menggalakkan prinsip ketelusan, keadilan, integrity dan profesionalisme dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan.
ii. Menegakkan prinsip-prinsip kepimpinan yang baik termasuk bersikap anti rasuah, berdisiplin tinggi dan sentiasa mempamerkan komitmen yang tinggi.
iii. Membina dan menggalakkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta bebas daripada gangguan diskriminasi.
15. Berkepakaran dalam membudayakan idea kreativiti dan inovasi dalam pentadbiran
i. Berkebolehan mencetus idea-idea baharu dan meningkatkan usaha untuk mentransformasi
organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan berdasarkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
16. Memiliki jaringan hubungan yang luas
i. Mengoptimumkan sumber-sumber organisasi untuk memenuhi keperluan pelanggan.
ii. Berkebolehan menjalin hubungan kerjasama dan menerapkan nilai-nilai kebersamaan dengan anggota kerja dalam organisasi.
iii. Berkebolehan mengenal pasti dan mengambil peluang untuk membina perkongsian strategik dari segi maklumat, idea, pengetahuan dan kepakaran dengan pelbagai pihak untuk faedah dan kepentingan organisasi.
17. Berupaya untuk mengurus dan memastikan semua proses dibawah berjalan dengan lancar.
i. Pengurusan yuran pengajian.
ii. Merekod dan memantau kehadiran kakitangan / pelajar.
iii. Operasi asrama.
iv. Mengendalikan aduan pelajar.
CARA PERMOHONAN
1. Latar belakang Pendidikan dan pengalaman kerjaya.
2. Anugerah dan hadiah yang berprestij yang diterima di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
3. Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna kepada pembangunan kolej / TVET / institusi
pendidikan.
4. Sekurang-kurangnya dua (2) nama penyokong sebagai rujukan bagi permohonan ini.
5. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
6. Salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
7. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap.
8. Kertas cadangan ringkasan mengenai perancangan jangka pendek dan jangka Panjang sekiranya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi KAMS.
Faedah dan manfaat
– Gaji Pokok
– KWSP, SOCSO & EIS
– Elaun Perubatan
– Elaun Prestasi
– Cuti Tahunan, Cuti Perubatan & Cuti Bersalin
– Elaun Kehadiran
– Insurans (Kemalangan & Kematian)
– Baju korporat dan ID card
Status pelantikan: Kontrak
Tempoh pelantikan: 1 – 2 tahun tertakluk kepada keputusan pihak yang melantik.
Gaji permulaan:
RM 4,000.00 sebulan (atas perbincangan)
Pendidikan:
Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Employer questions
Your application will include the following questions:
- What’s your expected monthly basic salary?
- Which of the following types of qualifications do you have?
- How many years’ experience do you have as a chief operation officer?
APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – KOLEJ ANTARABANGSA MIGHTY SKILLS