Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad 

Senior Executive of Human Resource

  • Kuala Lumpur
  • Management – Internal (Human Resources & Recruitment)
  • Full time
  • RM 5,000 – RM 6,500 per month

Dipertanggungjawabkan secara terus (lapor diri) / perlaksanaan tugas kepada Ketua Pegawai Eksekutif /Ketua Pegawai Operasi / Pengurus Kanan / Ketua Bahagian.

Syarat-syarat  dan kelayakan calon:

  1. Warganegara Malaysia berumur 35 – 45 tahun (Calon-calon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan Sumber Manusia mestilah tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan).
  2. Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang  Pentadbiran Perniagaan – Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia/ Pembangunan Modal Insan)  atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan; dan
  3. Memiliki kelulusan SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik / Matematik Tambahan serta lulus dalam tiga mata pelajaran lain;  
  4. Mempunyai pengetahuan luas dan pengalaman melebihi lima (5) tahun dalam bidang pentadbiran/pengurusan sumber manusia serta pernah bekerja untuk sesuatu tempoh di syarikat/organisasi besar yang mempunyai bilangan pekerja/kakitangan melebihi 100 orang adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;
  5. Mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja secara berdikari di bawah tekanan termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum; dan
  6. Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mahir dalam penggunaan komputer/internet.


A. MATLAMAT UTAMA KERJA

Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian dalam memastikan pelaksanaan tugasan adalah selaras dengan fungsi Bahagian di mana pentadbiran kakitangan dibuat mengikut kehendak Undang-Undang serta Peraturan Kerja dan Peraturan Pejabat yang ditetapkan.


B. TUGAS-TUGAS

Perlu berhubung rapat dengan kakitangan dalam menjalankan tugas harian dengan memastikan arahan serta petunjuk yang diberikan adalah tepat, terang dan padat kepada kakitangan-kakitangan yang berkenaan. Di samping itu, perlu bekerjasama dengan pegawai-pegawai seperingkat ke arah mengwujudkan suasana organisasi yang bersatu untuk mencapai matlamat ;

1. Mengendalikan dan melaksanakan kelicinan perjalanan Cawangan Sumber Manusia selaras dengan dasar / peraturan / fungsi Cawangan Sumber Manusia yang ditetapkan ;

2. Sentiasa mengkaji dan menyemak sistem perkhidmatan / pengurusan sumber manusia / keperluan tenaga kerja dari masa ke semasa dan membuat cadangan / sokongan terhadap perubahan, jika perlu ;

3. Bertanggungjawab dalam memastikan kecekapan kakitangan bawahan serta memastikan kakitangan mematuhi peraturan-peraturan perkhidmatan yang ditetapkan ;

4. Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan berhubung dengan fungsi Cawangan Sumber Manusia ;

5. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan lain-lain mesyuarat yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi atau Ketua Bahagian ;

6. Menyediakan kertas-kertas kerja / cadangan yang berkaitan dengan perkhidmatan / pengurusan sumber manusia untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat ;

7. Memberikan khidmat nasihat / pandangan berhubung dengan undang-undang buruh dan polisi / dasar / peraturan berkaitan perkhidmatan / pengurusan sumber manusia kepada ketua-ketua bahagian / cawangan / unit serta kakitangan koperasi ;

8. Menjalin perhubungan / kerjasama yang baik di antara Koperasi Polis dengan Jabatan Kerajaan dan lain-lain pihak yang mendatangkan manfaat kepada Koperasi ;

9. Bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan berkaitan dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KESKOP) ;

10. Bertanggungjawab dalam menyelia kes-kes berkaitan dengan tuntutan kakitangan dan pihak Keskop di Jabatan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Perhubungan Perusahaan / Mahkamah Tinggi atau lain-lain yang berkaitan ;

11. Bertanggungjawab dalam membantu pihak Pengurusan Tertinggi mengekalkan disiplin dan moral kakitangan-kakitangan peringkat bawahan ;

12. Mengkaji dan menyediakan program latihan yang berkesan kepada kakitangan dalam memastikan peningkatan pengetahuan serta prestasi kerja kakitangan ;

13. Mengendalikan kes-kes tindakan tatatertib kakitangan selaras dengan aturan / prosidur siasatan dalaman ;

14. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa

Employer questions

Your application will include the following questions:

  • What’s your expected monthly basic salary?
  • Which of the following types of qualifications do you have?
  • How many years’ experience do you have as a Human Resources Role?
  • Which of the following Microsoft Office products are you experienced with?
  • How many years of people management experience do you have?
  • How many years’ experience do you have as a Leadperson?
  • How much notice are you required to give your current employer?
  • Are you willing to undergo a pre-employment background check?

APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – KOPERASI POLIS DI RAJA MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *