- Kuala Lumpur
- Marketing Communications (Marketing & Communications)
- Full time
- MYR 2,800 – 3,500
Syarat dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (calon-calon yang mempunyai pengetahuan luas dan mesti mempunyai pengalaman bekerja di organisasi yang menjalankan operasi Ar-Rahnu);
- Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Syariah / Pemasaran / Perakaunan / Kewangan / Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan;
- Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik / Matematik Tambahan / Prinsip Akaun serta lulus dalam tiga matapelajaran lain;
- Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;
- Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan
- Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.
Tugas dan Tanggungjawab:
Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian Pembiayaan & Tuntutan menyelia dan menyusunatur tugasan kakitangan di bawah seliaannya di samping memastikan setiap tugasan adalah selari dengan kehendak dan dasar yang telah ditetapkan oleh KPDRM seperti berikut:
- Memastikan kakitangan seliaan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kerja dan pejabat yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas harian agar urusan pentadbiran Cawangan Ar-Rahnu berjalan lancar.
- Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian membuat kajian dan menyemak dari semasa ke semasa sistem Ar-Rahnu yang sedia ada dan menentukan bahawa kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.
- Membantu Ketua Bahagian menyediakan cadangan dan membuat kajian terhadap produk-produk baru pembiayaan KPDRM.
- Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Lembaga atau lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Menyelia dan mengemaskini harga emas secara harian bagi memastikan harga emas Ar-Rahnu yang digunapakai adalah sentiasa terkini serta mengikut harga pasaran.
- Memastikan setiap aktiviti dan transaksi Ar-Rahnu yang dilakukan adalah secara telus dan tanpa unsur-unsur penipuan.
- Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan Cawangan Ar-Rahnu adalah diuruskan dengan teratur serta sistematik.
- Merancang dan mencadangkan promosi perniagaan Ar-Rahnu setempat dan mendapatkan kelulusan dari Ketua Bahagian terlebih dahulu.
- Bertindak sebagai Penyelia / Ketua Cawangan Ar-Rahnu dan memastikan keselamatan kakitangan dan fasiliti cawangan adalah berada dalam kondisi yang baik dan selamat.
- Menyemak, memantau dan mengesahkan hasil kerja kakitangan seliaan secara kerap dan teratur serta mematuhi SOP yang disediakan.
- Mentadbir rekod transaksi Ar-Rahnu cawangan secara sistematik dan teratur bagi tujuan pengauditan berkala yang akan dijalankan.
- Mentadbir rekod dan data transaksi Ar-Rahnu dan melaporkan jumlah keuntungan bulanan.
- Melayan pertanyaan-pertanyaan anggota/pelanggan berhubung permohonan termasuk semua pertanyaan menerusi telefon.
- Membantu kakitangan Cawangan Ar-Rahnu dalam tugasan harian dalam usaha memastikan kelancaran tugasan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama.
Employer questions
Your application will include the following questions:
- Which of the following Microsoft Office products are you experienced with?
- What’s your expected monthly basic salary?
- How much notice are you required to give your current employer?
- Are you willing to undergo a pre-employment background check?
- Are you willing to undergo a pre-employment medical check?
- Do you have a valid Malaysian driver’s licence?
- Do you have customer service experience?
- Are you available to work public holidays?
APPLY AT :- JOBSTREET MALAYSIA – KOPERASI POLIS DI RAJA MALAYSIA