SETIAUSAHA KEPADA KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN – PUTRAJAYA
TUGAS SETIAUSAHA KEPADA KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN
a) Membantu mengurus semua urusan pentadbiran Pejabat Pengersi Eksekutif Kumpulan.
b) Menjadi pegawai perantara di antara Pejabat Pengerusi Eksekutif Kumpulan dengan pegawai kumpulan dan agensi kawalan;
c) Membantu menyelaras nota mesyuarat yang melibatkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
d) Membantu menyelaras dan menyediakan kertas / nota maklumbalas dan jawapan-jawapan kepada solan mesyuarat/ memo yang melibatkan anak syarikat dan jabatan di bawah Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
e) Membantu mengurus surat-menyurat Pejabat Pengersi Eksekutif Kumpulan.
f) Membantu menyelaras kunjungan hormat tetamu kenamaan dengan Pejabat Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
g) Melayani orang ramai yang berurusan dengan Pejabat Pengerusi Eksekutif Kumpulan
h) Membantu menyediakan teks ucapan dan nota taklimat Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
i) Membantu menyelaraskan sesi sidang akhbar, temubual (wawancara), perutusan dan rakaman peristiwa Pengerusi Eksekutif Kumpulan.yang melibatkan pihak media massa / wartawan/pemberita;
j) Membantu menyelaras majlis-majlis lawatan dan taklimat (pengangkutan dan tempat penginapan) yang melibatkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
k) Membantu menyelaraskan majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan temu janji Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
l) Membantu mengurus dan memantau perancangan harian (jadual harian) Pengerusi Eksekutif Kumpulan.
m) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan dari semasa ke semasa
Kebolehan dan pengalaman Setiausaha:
a) Bahasa – boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan dalam bahasa ketiga merupakan satu kelebihan;
b) Mempunyai asas atau berpengalaman dalam pengurusan kewangan;
c) Mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi dan pengurusan perniagaan merupakan satu kelebihan;
d) Mempunyai kemahiran penulisan – berkebolehan dalam menyediakan kertas/nota maklumbalas dan sebagainya;
e) Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan penyelarasan mailis rasmi kerajaan (event management);
f) Berkebolehan menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan betul;
g) Mempunyai keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih jelas, mendalam dan terperinci
h) Berkebolehan menguruskan masa dengan baik dan berkesan; dan
i) Berkebolehan mengendalikan sistemail yang baik, berkesan dan teratur di Pejabat Pengerusi Eksekutif Kumpulan khususnya dalam mengendalikan fail-fail terbuka