Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Pengurus Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit Gred EP41

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:

Jawatan Pengurus Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit (1 kekosongan)

1.Gred Jawatan:Gred EP41
2.Kumpulan:Pengurusan & Profesional
3.Taraf Jawatan:Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
4.Gaji Pokok:Gaji Minimum:RM2,524.00
Gaji Maksimum:RM9,768.00
Kenaikan Gaji Tahunan:RM225.00
5.Elaun:
(a)    KhasRM300.00
(b)   PerumahanRM300.00
(c)    Bantuan Sara HidupRM300.00
(d)   KomunikasiRM250.00
(e)    PemasaranRM350.00
6.Syarat Lantikan:Calon-calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)    Warganegara Malaysia;
(b)   Berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)    Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan/ Pengurusan Perniagaan dengan kepujian (pengkhususan dalam Pemasaran) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d)   Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pemasaran/pembangunan ekonomi di sektor awam atau swasta;
(e)    Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik serta berpengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran buku;
(f)     Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; serta
(g)    Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
7.Bidang Tugas:Membantu Pengurus Besar merancang secara komprehensif dan mengatur kaedah untuk mencapai keuntungan yang maksimum dalam pembangunan ekonomi dan kawalan kredit yang strategik dan efektif.

Penolong Eksekutif Gred EP19

1.Gred Jawatan:Gred EP19
2.Kumpulan:Pelaksana
3.Taraf Jawatan:Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
4.Gaji Pokok:Gaji Minimum:RM1,488.00
Gaji Maksimum:RM4,230.00
Kenaikan Gaji Tahunan:RM100.00
5.Elaun:
(a)   Khas:RM115.00
(b)   Perumahan:RM300.00
(c)   Bantuan Sara Hidup:RM350.00
(d)   Komunikasi:RM50.00
6.Syarat Lantikan:Calon-calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)      Warganegara Malaysia;
(b)      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)      Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM;
(d)      Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pemasaran sektor awam atau swasta;
(e)      Mahir menggunakan perisian Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel;
(f)       Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik serta berpengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran buku;
(g)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; serta
(h)      Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
7.Bidang Tugas:Membantu Pengurus Pemasaran dan Eksekutif Pemasaran dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pemasaran.
8.Cara Permohonan:(a)      Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374 
(b)     Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.
(c)      Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.
(d)     Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 Jun 2021.
(e)      Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses
Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *