Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)

Tarikh tutup iklan ialah pada 15 Disember 2020 (Selasa)

  1. TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF(GRED E52)
    Bilangan kekosongan : Satu
    Taraf Jawatan : Tetap
    Gaji Ditawarkan :
    • Gaji Pokok : RM5,847.00 – RM12,444.00
    • Imbuhan Tetap Keraian : RM 600.00
    • Imbuhan Tetap Perumahan : RM 600.00
    • Bantuan Sara Hidup : RM 300.00

Syarat Lantikan :
•Ijazah Sarjana Muda Kepujian oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
•Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
•Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
•keutamaan diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam;
•kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
•mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lapan (8) tahun.

Diskripsi tugas :
•Bertanggungjawab melapor kepada Lembaga Pemegang Amanah;
•membantu merancang, menyedia dan melaksanakan program dan aktiviti selaras dengan Matlamat Teras;
•membantu menjalin dan memelihara hubungan kerja yang baik dan harmoni dengan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Pemegang-pemegang Taruh lain yang berkaitan;
•membuat keputusan-keputusan peringkat tertinggi (high level desicions) berkaitan operasi;
•bertindak sebagai jurucakap kedua bagi pihak Yayasan;
•membantu menyelia keseluruhan aktiviti fiskal Yayasan termasuk menentukan penyediaan bajet tahunan, pelaporan dan pengauditan;
•memastikan tadbir urus Yayasan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa;
•membantu mentadbir keseluruhan operasi merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
i. Perancangan Strategik;
ii. Pengurusan Kewangan;
iii. Pengurusan Sumber Manusia; dan
iv. Pematuhan dan Kawalan Dalaman
•mengurusetia Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Mesyuarat Jawatankuasa Dalaman Yayasan; dan
•melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. Pegawai Eksekutif (Gred E41)

Bilangan kekosongan : Satu 
Taraf Jawatan : Kontrak 
Gaji Ditawarkan : 
• Gaji Pokok : RM2,422.00 
• Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 350.00
• Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00 
• Bantuan Sara Hidup : RM 300.00 

Syarat Lantikan : 
•Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
•memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
•memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan. 

Diskripsi tugas : 
•Memberi / menyelia dan mengurus taklimat kepada individu perseorangan mahupun agensi / syarikat / organisasi berkaitan pemasaran produk wakaf YWM terutamanya Wakaf Tunai Malaysia; •menyediakan kertas pembentangan bagi tujuan taklimat ataupun seminar berkaitan promosi dan publisiti YWM; 
•menyedia kertas kerja berkaitan aktiviti promosi dan publisiti YWM; •menjalankan aktiviti pemasaran secara keseluruhan (online / offline, outreach, media sosial dan lain-lain); 
•menyelia program kerjasama berkaitan wakaf antara YWM dengan pihak ketiga; •merangka pelan pemasaran awal; 
•mewakili Ketua Bahagian / Ketua Pegawai Eksekutif dalam apa-apa mesyuarat / majlis / program; dan 
•Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3. Pegawai Media (Gred E41) 
Bilangan kekosongan : Satu
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Ditawarkan :
• Gaji Pokok : RM2,422.00
• Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 350.00
• Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
• Bantuan Sara Hidup : RM 300.00
Syarat Lantikan :
•Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
•memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
•memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.
Diskripsi tugas :
•Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu-isu semasa, mempromosi program YWM dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya.
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Perhubungan
• bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang mewakili YWM;
Perancangan
• merancang, menganalisis dan menulis artikel mengenai isu-isu berkaitan YWM dan isu semasa secara proaktif untuk mempromosi YWM untuk difahami oleh setiap kumpulan sasaran;
• merancang dan merangka tindakan strategik dan pelan intervensi yang sesuai digunakan untuk menangani isu-isu berbangkit di media sosial baharu seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan portal;
Penganalisisan
• melihat trend dan menganalisis program YWM melalui media sosial;
• menganalisis persepsi dan reaksi terhadap program YWM;
Promosi
• menyebarkan maklumat YWM melalui media sosial;
• meningkatkan jaringan rangkaian media siber YWM menerusi media sosial;
• merancang promosi penggunaan media siber yang sihat di kalangan masyarakat;
Pemantauan
• memantau dan menganalisis situasi semasa dan membuat ramalan strategik berkenaan impak sesuatu isu dalam media siber;
• memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu dan komen mengenai YWM oleh pengguna media sosial; dan
• memantau penggunaan media sosial dan menyediakan laporan pemantauan dan risikan secara berterusan.
• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON
a)Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan.
b)Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya.

Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia (ywm.gov.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *